KUALA LUMPUR, 23 MEI 2013 - Lawatan Audit Pensijilan Amalan 5S oleh pihak Malaysia Corporation (MPC) telah diadakan di Jabatan Hal Ehwal Veteran. Sesi auditan telah dilaksanakan oleh Puan Saliza bt Saari dari ibupejabat MPC di Petaling Jaya.

Selepas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Induk Amalan 5S, Encik Wan Asmawi bin Wan Shariff, auditor seterusnya meneliti fail-fail setiap zon, fail jawatankuasa dan fail induk.  Puan Saliza juga telah melawat bangunan pentadbiran, bengkel Pembuatan Perabot & Hiasan Dalaman, bengkel Penyelenggaraan Industri, bengkel Pemesinan dan bengkel Kimpalan.

Sebagai rumusan, juruaudit mendapati pelaksanaan Amalan 5S di IKBN Dusun Tua, Selangor berada pada tahap yang amat memuaskan. Dokumentasi yang lengkap, pengurusan fail dan susunan stor yang sistematik dan tidak ketinggalan juga suasana persekitaran kawasan/bengkel yang begitu terserlah.

Sehubungan itu, tepat jam 2.45 petang, Puan Saliza bt Saari mengumumkan bahawa IKBN Dusun Tua telah layak dan disyorkan untuk Pensijilan Amalan 5S Tahun 2012. Kejayaan ini hasil daripada komitmen yang tinggi dari pihak Pengurusan dan juga hasil kerjasama semua warga IKBNDT secara keseluruhannya. TAHNIAH.