KLUANG - JHEV ATM telah mengadakan lawatan dan penyampaian sumbangan perayaan kepada Veteran ATM, Encik Rahman bin Yassin, 52, yang lumpuh sebelah badan.

Sumbangan di sampaikan oleh YBhg Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor Hj Daud, Ketua Pengarah JHEv ATM di Kg Bentong Dalam, Kluang, Johor pada 10 Julai 2015.

Berita penderitaan veteran ini pernah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian 20 Jun 2015. Turut hadir bersama ialah Pengarah JHEV Johor dan Pengerusi serta ahli PVATM Cawangan Kluang.