Logo JHEV

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan BSH dan penyerahan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM di Pekan dan Kuala Rompin pada 14 November 2017.

Peralatan pesakit dan BSH telah diberikan kepada Encik Abd Mubin bin Muhamad Yunus di No. 438, Lorong Intan 6, Peramu Jaya 3, Pekan, Pahang.

Seterusnya penyerahan peralatan katil dan tilam khas kepada Veteran ATM yang merupakan bekas Askar British iaitu Encik Syed Abdullah bin Syed Omar di No. D1/1257, Jalan Tasek, Kuala Rompin, Pahang.

LampiranSaiz
1.jpg77.19 KB
2.jpg89.96 KB