Sibu, 26 Julai 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melakukan lawatan kebajikan dan pemeriksaan kesihatan ke atas balu veteran ATM mendiang 6011177 Sjn Howel Ak Entri (Ex 3 RRD) bertempat di kediaman beliau di Kota Samarahan serta turut dihadiri oleh PS 2 Perubatan MK 1 Div.

Di dalam lawatan berkenaan, balu veteran telah ditemuramah bagi mendapatkan gambaran situasi serta status kesihatan yang dihadapi sejak tahun 2012.  Pemeriksaan dilakukan dan semakan ke atas dokumen perubatan turut dilakukan oleh PS 2 Perubatan 1 Div sebagai rujukan selanjutnya. Beliau juga mengalami lumpuh daripada bahagian pinggang ke bawah dan melecur pada bahagian belakang akibat haba kepanasan kerana mengunakan tilam jenis biasa.

PS 2 Perubatan 1 Div akan membuat laporan perubatan bagi mendapatkan peralatan yang perlu dan bersesuaian bagi kegunaan balu kepada pihak JHEV ATM Sarawak.

 Pihak JHEV ATM akan memberi bantuan perubatan dan peralatan yang sewajarnya kepada balu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.

 

LampiranSaiz
1.jpg85.78 KB
2.jpg48.73 KB
6.jpg45.8 KB