Penyerahan bantuan kerusi roda daripada JHEV ATM Kelantan & Terengganu yang diwakili oleh penolong pengarah, Kapt mohd Faizal bin Jamil kepada isteri Encik Mohamad Khoman bin Kaharudin iaitu Puan Hashiah bte Ibrahim di Lot 392 Taman Safiah Murni, Bukit Payong, Marang Terengganu pada 23 Ogos 2017.
Isteri beliau mengalami penyakit kencing manis serta telah di potong kaki sejak 5 tahun lalu dan turut mengalami masalah buah pinggang sejak setahun lalu. Beliau kini menjalani rawatan dialisis di Bukit Payung, Marang Terengganu di bawah tanggungan JHEV ATM.
Lawatan turut sertai oleh AJK Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Terengganu.