Logo JHEV

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM, melawat Veteran ATM, Encik Ilias bin Bakar yang mengalami kemalangan jatuh daripada pokok kelapa pada 03 September di kampung isteri beliau di Kuala Lipis, Pahang dan mengakibatkan patah kaki kiri dan pinggang. Veteran terjatuh disebabkan mengalami 'cramp' semasa berada di atas pokok. Pembedahan tulang belakang telah dilakukan pada 05 September 2017 bagi menstabilkan keadaan beliau. Beliau kini berada di Wad 5B, tingkat 5, katil 1, HTAA Kuantan.
Pihak JHEV ATM akan menyalurkan bantuan yang sepatutnya bagi meringankan beban yang ditanggung beliau.

LampiranSaiz
5.jpg40.63 KB
2.jpg56.3 KB