Sibu, 20 Nov 2018 - Lawatan Siasatan Bencana Alam oleh Sjn  Iswandy bin Saadi Staf JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak (Bahagian Sibu) ke atas veteran ATM, Richard anak Dagang Ex Kor RRD. Setelah menerima permohonan daripada  veteran tersebut, pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak di Sibu telah membuat lawatan ke atas kawasan rumah veteran yang mengalami kebakaran.

Mengikut laporan pihak bomba, kebakaran adalah berpunca daripada litar pintas dan kerugian dianggarakan sebanyak RM200,000 serta kemusnahan hamper kesemua struktur rumah yang menggunakan kayu dan yang tinggal hanyalah struktur batu sahaja.

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri akan berusaha bagi memberikan bantuan yang sewajarnya kepada beliau bagi meringakan beban yang ditanggung.

LampiranSaiz
1.jpg82.48 KB
2.jpg95.09 KB
3.jpg65.61 KB
4.jpg68.44 KB