Pegawai JHEV ATM Cawangan Selangor & Kuala Lumpur melakukan Lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Anan a/l Jayaraman di Aras 2, Wad 5 Katil No. 16 Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 081500H November 2017.

Beliau telah dimasukan ke hospital HKL pada 20 Oktober 2017 kerana mengalami jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kaki kanan dipotong. Veteran juga turut mengidap penyakit lemah jantung.

Keadaan semasa beliau kini telah stabil dan telah diberikan penerangan berkaitan bantuan berupa peralatan pesakit yang boleh diuruskan oleh JHEV ATM.

LampiranSaiz
1.jpg78.89 KB