Pendang, 03 Julai 2018 – Lawatan kebajikan  Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM  terhadap veteran ATM 1128706 Encik Abdul Malik bin Said di alamat 121-A Kampung Baru, Jalan Sungai Tiang, Kedah brsama dengan ibunya.

Beliau mempunyai masalah kesihatan cacat kekal & tidak boleh berjalan akibat kemalangan semasa prkhidmatan dan veteran juga perlu memakai lampin & urine bag untuk membuang air.

Pada tahun 2014 YB Parlimen Pendang telah memberikan sumbangan kerusi roda bermotor disebabkan veteran bekerja sebagai deejay di majlis kenduri namun kerusi roda tersebut telah rosak seminggu lepas dan menyebabkan veteran terbatas untuk bekerja kerana kos bulanan lampin & pengurusan diri sahaja  mencecah sehingga RM 600 sebulan.

Veteran turut menghadapi masalah untuk mendapatkan pengesahan doktor kerana telah tidak hadir untuk medical check up selama 3 tahun disebabkan pergerakan yang terbatas.

Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang selayaknya diperoleh oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

#kesejahteraanveteranATMkeutamaankami

#kebajikan

 

LampiranSaiz
1.jpg70.21 KB
2.jpg61.84 KB