Kota Tinggi, 12 Sep 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor Mej Hairi bin Muhamad Radzi telah berkesempatan melaksanakan lawatan kebajikan terhadap 17725 veteran Kamar bin Hasbullah di alamat No. 73, Jalan Sejahtera, Taman Desa Sejahtera, Kota Tinggi, Johor.

Lawatan turut diiringi oleh En Mohammad bin Ayob, YDP PVATTBM Cawangan Negeri Johor dan AJK persatuan.

Veteran mengidap penyakit lumpuh seluruh badan termasuk otak sejak setahun yang lalu. Beliau juga tidak mampu bercakap dan bergerak. Beliau bergantung sepenuhnya kepada susu formula sebagai makanan yang memakan belanja yang tinggi setiap bulan.

Pengarah telah menyerahkan borang bantuan kepada isteri beliau dan akan membantu untuk meringankan beban veteran dan keluarga beliau.

LampiranSaiz
01.jpg155.26 KB
02.jpg147.51 KB