Terengganu, 3 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan lawatan kebajikan ke atas veteran ATM, encik Wan Aziz bin Wang Awang (berpencen) di Kampung Ajil, Kuala Berang bersama-sama dengan Persatuan Veteran Ex 5 RAMD Zon Timur.

Veteran mengalami masalah sakit buah pinggang yang kronik begitu juga dengan isteri beliau, Puan Rohani binti Jaafar. Sebelum ini pihak JHEV ATM telah memberikan bantuan berupa sebuah katil hospital dan kerusi roda kepada keluarga ini.

Isterinya turut memohon untuk mendapatkan sebuah katil hospital lagi memandangkan beliau juga mengidap sakit buah pinggang tahap 4 dan amat memerlukan. Pihak JHEV ATM Negeri akan membantu bagi menyalurkan bantuan yangs elayaknya diperoleh oleh beliau sekeluarga bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

#kesejahteraanveteranATMkeutamaankami

#kebajikan

 

LampiranSaiz
1.jpg69.11 KB
2.jpg69.89 KB
3.jpg70.49 KB
5.jpg102.59 KB