Kota Bharu, 26 Dis 2017 - Lawatan Kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Terengganu & Kelantan, Mej Muhd Aman Shah bin Alias ke rumah Veteran ATM, Encik Abdullah bin Ali di alamat PT 945, Kampung Anak Sungai, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Veteran berpencen JPA (kakitangan mahkamah Kota Bharu) dan telah dipotong kaki kanan akibat penyakit kencing manis pada Julai 17. Beliau mempunyai seorang anak OKU perempuan berusia 22 tahun yang mendapat bantuan dari JKM.

Pihak JHEV ATM Negeri akan membantu veteran untuk urusan mendapatkan bantuan peralatan pesakit berupa kerusi roda bagi mengantikan kerusi roda yang dipinjam oleh beliau daripada saudara mara dan memproses Kad Veteran untuk beliau dan isteri serta bantuan kaki palsu juga sedang di uruskan oleh pihak Hospital Kota Bharu.

 

LampiranSaiz
3.jpg118.78 KB
4.jpg98.95 KB