Kota Bharu, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias mengadakan Lawatan kebajikan ke atas veteran ATM, 210828 Encik Derasit @ Ab Rashid bin Awang (berpencen) di Wad 10, Katil 2B, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kelantan.

Veteran mengidap sakit kanser paru paru dan telah merebak ke tulang belakang serta memerlukan pembedahan.  Kos peralatan implan untuk menggantikan tulang belakang yang diserang kanser dianggar berharga RM16,500.

Oleh kerana veteran berpencen, maka kos tersebut akan ditanggung oleh pihak Kementerian Kesihatan. (Rujuk Surat Pekeliling KSU Kementerian Kesihatan Bil 11/2017 bertarikh 30 Jun 2017).

 

LampiranSaiz
1.jpg57.43 KB
2.jpg60.44 KB