Melaka, 22 Jan 18 - lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim terhadap Veteran ATM Encik Md Salleh bin Md Zin di Sungai Rambai. Beliau telah berpencen pada 3 Feb 2003 dan mempunyai 5 orang manakala anak sulongnya adalah  OKU  dan anak bongsunya masih bersekolah.

Baliau menerima bantuan JKM sebanyak RM350 untuk anak OKU dan RM50  untuk persekolahan anak-anak serta pihak MAIM turut beri bantuan secara bulanan berupa makanan yang bernilai RM200.00. Masalah yang dihadapi ialah beliau masih menyewa dan tidak mempunyai rumah sendiri semenjak bersara.

Pihak JHEV ATM telah diberikan nasihat sewajarnya bagi bantuan yang boleh diberikan kepada beliau. Turut hadir di lawatan tetsebut ialah Ketua Cawangan PVATM Merlimau, wakil JKM ,MAIM dan pegawai daripada MTU

LampiranSaiz
3.jpg68.54 KB
4.jpg89.23 KB
5.jpg85.89 KB