Melaka, 26 Jan 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim menziarahi Veteran ATM, Encik Amzah bin Hassim RGK (75 Tahun) yang terlantar sakit kanser pundi kencing tahap 4 di Batu 7 Kampung Tengah Bukit Rambai.

Beliau memerlukan bantuan katil khas dan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan beliau kini menggunakan katil khas yang dipinjamkan sementara daripada JKK kampung tengah. Turut hadir Ketua PVKM Cawangan Negeri Sembilan dan AJK. Pihak JHEV ATM akan menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

LampiranSaiz
1.jpg69.61 KB
2.jpg78.44 KB