Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM beserta Bendahari PVATM Cawangan Lipis, Hj Yassin telah melawat Veteran ATM, Encik Abdullah bin Mamat yang beralamat di Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang.
Beliau telah terkena stroke setahun yang lalu dan hanya bergantung hidup dengan meminum susu. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.