Pahang, 19 Mac 2019 - Lawatan Kebajikan ke atas dua (2) orang veteran ATM oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM seperti berikut:

Veteran (101398) Encik Mat Yusof bin Mat Noh di alamat No 16, Lorong Permatang Badak Baru 2, Taman Permatang Badak Baru, 25150 Kuantan. Beliau mengalami sakit radang paru-paru dan sakit tua menyebabkan terlantar di rumah.

Veteran (455685) Encik Idrus bin Ariffin di alamat No 6, Lorong Seri Mahkota 35, Taman Sri Mahkota, Batu 12 Jalan Gambang, 25150 Kuantan. Beliau mengalami masalah jantung dan radang paru-paru serta baru sahaja kembali daripada menerima rawatan selama 5 hari di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Penerangan dan khidmat nasihat berkenaan Skim Bantuan Kebajikan JHEV ATM telah diberikan kepada veteran dan waris serta waris veteran juga telah dimaklumkan untuk membuat permohonan Skim Sara Ubat bagi meringankan beban dan juga permohonan penukaran Kad Bekas Tentera kepada Kad Veteran bagi memudahkan urusan di hospital bagi veteran dan isteri.

LampiranSaiz
02.jpg115.91 KB
03.jpg86.03 KB