Sarawak, 24 November 2017 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim dan staff bersama Walikota (Pegawai Daerah) Limbang, Encik Sofian Bin Mahat dan PVATM Limbang telah membuat lawatan kebajikan ke atas veteran di kawasan limbang dan turut serta dalam program penyerahkan sumbangan berupa makanan dan alat pendengaran kepada Encik Manis Ak Lang di Kampung Pelita,Limbang.

Encik Manis Lang merupakan veteran tidak berpencen yang mempunya masalah pendengaran dan hilang ingatan. Turut dihadiri juga Pengerusi Tetap Encik Mat Hussin dan Ketua Cawangan PVATM Limbang iaitu Encik Junaidi.

Pihak JHEV ATM juga berterima kasih kepada Puan Nawi Ak Temanggung Jarum (Anak Veteran jawatan Temenggung) kerana telah memberi sumbangan berupa alat pendengaran kepada Encik Manis Lang dengan seikhlas hati tanpa sebarang bayaran. Sepanjang lawatan juga, pihak JHEV mengambil peluang untuk berdialog bersama veteran seterusnya membuat siasatan ke atas Permohonan Sara Hidup (15 permohonan).