Sarawak, 25 Julai 2018 - Lawatan kebajikan dan pemeriksaan kesihatan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit ke atas veteran PW I Meseken Ak Gindal (mantan SMR 1 Divisyen) di kediaman Mantan SMR 1 Div di alamat No. 36, Lot 547, lorong 2B, Taman Boulder Built dan turut dihadiri oleh PS 2 Perubatan MK 1 Div.

 

Di dalam lawatan berkenaan, Mantan SMR telah ditemuramah bagi mendapatkan gambaran situasi serta status kesihatan yang dihadapi sejak tahun 2010 dan semakan ke atas dokumen perubatan turut dilakukan oleh PS 2 Perubatan 1 Div sebagai rujukan selanjutnya.

 

Pihak JHEV ATM akan memberi bantuan perubatan dan peralatan yang sewajarnya kepada Mantan SMR 1 Div berpandukan laporan perubatan yang dikeluarkan.

 

 

LampiranSaiz
1.jpg75.77 KB
2.jpg69.99 KB
3.jpg57.62 KB
4.jpg76.7 KB
5.jpg81.92 KB