Sarawak, 14 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mejar Pahot Anak Joll telah melawat veteran ATM di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kapt (B) Mohd Roslan bin Mokhtar merupakan ex Kor Ordnans Diraja dan tinggal di Matang Apartment Villa, Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Beliau telah di masukkan ke HUS pada 27 Jul 19 dan menghidap penyakit kencing manis serta hampir lumpuh separuh badan (pinggang ke kaki) dan telah ditempatkan di Wad Lelaki, tkt 8, katil 11 HUS.

Beliau dalam keadaan stabil, boleh berkomunikasi dan menjalani prosedur rawatan pihak hospital.

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak akan memberikan bantuan yang selayaknya diperoleh oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

LampiranSaiz
1.jpg83.9 KB