Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan, melakukan Lawatan Kebajikan ke atas balu Veteran ATM iaitu Puan Mahanom binti Mohd Yatim (72 tahun) isteri kepada Veteran ATM, Encik Ab Manap bin Sahardin di No 32, Jalan Mawar 8A, Bandar Baru Salak Tinggi, Taman Mawar (1), 43900 SEPANG, Selangor pada 25 Oktober 2017. Isteri beliau telah mengalami lumpuh di seluruh anggota badan.
 
Lawatan turut dilakukan ke atas Encik Ab Manap bin Sahardin di Tingkat 1 Unit CCU Katil No 2 Hospital Putrajaya pada 25 Oktober 2017. Beliau mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan implikasi kencing manis.
LampiranSaiz
1.jpg65.32 KB
2.jpg66.31 KB
3.jpg59.05 KB