Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan melakukan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Rosli bin Rahim di Aras 5, Wad Orthopodik, Katil No 12 Hospital Tuanku Mizan (HAT Mizan) pada 101530H Nov 2017.

Beliau dimasukan ke HAT MIZAN pada 6 November 2017 kerana mengalami masalah tulang belakang. Mula menghidap sakit tulang belakang dari tahun 2010 bagi tulang L5, L7 dan L 4 serta pembedahan telah dilakukan pada 9 November 2017.

Keadaan semasa veteran kini stabil dan penerangan berkaitan bantuan yang boleh diuruskan oleh JHEV ATM telah dijelaskan kepada beliau.

LampiranSaiz
index.jpg61.88 KB