Kuala Selangor, 25 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan ke atas veteran ATM T95675 Encik Sulaiman bin Daud di lot 1728 Jalan Raja Abdullah, Jeram. Veteran mengalami stroke seluruh badan dan tidak dapat bergerak. Pihak JHEV ATM telah memberikan penerangan mengenai bantuan-bantuan yang boleh diuruskan bagi meringankan beban yang ditanggung beliau sekeluarga.

#kebajikan

#kesejahteraanveteranATMkeutamaankami

 

 

 

LampiranSaiz
1.jpg66.51 KB