KRUBONG, 30 Jan 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Mej Norasbi bin Said membuat lawatan kebajikan kepada 1043702 En Shahrom bin Borhan (Ex 14 RAMD) di kediamannya yang lumpuh dan sedang terlantar di kediamannya di Taman Seri Krubong akibat kemalangan motorsikal pada Nov 2012. Maklumbalas daripada lawatan tersebut adalah seperti berikut:

 

1. Veteran ATM tersebut merupakan penerima Bantuan Sara Hidup sebanyak RM 100.00 sejak dari 2013 hingga 2016 dan RM 300.00 sejak dari 2016 sehingga sekarang.

 

2. Penerima Bantuan Peralatan Pesakit pada tahun 2013 seperti:

2.1 Ripple Mattress.

2.2 Suction Pump.

2.3. Compression Stokings.

2.4 Hospital Bed (Sumbangan PERKESO).

 

3. Penerima Bantuan Susu daripada JHEV ATM sebanyak 84 tin pada tahun 2017 yang bertahan selama 7 bulan sahaja iaitu sehingga Feb 2018 (Kadar penggunaan 12 tin sebulan). Sejak Mac 2018 PERKESO membantu sebanyak 8 tin sebulan & 4 tin selebihnya terpaksa dibeli sendiri oleh Veteran ATM tersebut (RM 73-79 setin).

 

4. Keperluan dari Veteran ATM tersebut adalah seperti berikut:

4.1 Susu.

4.2 Penggantian peralatan pesakit yang rosak seperti:

4.2.1 Ripple Mattress.

4.2.2 Suction Tube & Pump.

4.3 Permohonan peralatan baru seperti:

4.3.1 Trachestomy Set.

4.3.2 Hydraulic Patient Lifts.

4.4 Bantuan Ambulans setiap 6 bulan ke Hospital. Sebelum ini menyewa St John Ambulans sebanyak RM 150.

4.5 Pampers Dewasa (8 bungkus sebulan - RM 29 per pack).

LampiranSaiz
02.jpg133.44 KB