Logo JHEV
Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan kebajikan terhadap Veteran ATM, Encik Ismail bin Ahmad di Kampung Paya The, Jerantut, Pahang pada 12 Oktober 2017.
 
Beliau telah mendapatkan rawatan di HAT Mizan setiap 2 minggu sekali dan tidak mengetahui mengenai kemudahan tuntutan perjalanan. Pihak JHEV ATM telah menasihati beliau agar membuat tuntutan perjalanan tersebut dan veteran turut mendapat bantuan berupa Tongkat Kaki 4 daripada pihak JHEV ATM.
 
Pihak Persatuan PVATM Jerantut juga telah dihubungi bagi membantu veteran untuk mendapatkan Borang Tuntutan tersebut.
 
LampiranSaiz
2.jpg103.45 KB
index.jpg72.36 KB