Logo JHEV

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Melaka & Negeri Sembilan, Lt Kol Azmizar bin Karim mengadakan lawatan kebajikan terhadap Veteran ATM Encik Mohammad Shaffei bin Abu Bakar (RAMD) di Taman Seri Rembau, Negeri Sembilan pada 12 Jul 17. Veteran sakit terlantar akibat stroke dan juga menghidap kencing manis. Isteri beliau telah meninggal dunia dan mempunyai seorang anak yang berkhidmat dalam tentera di Sarawak. Penerangan serta khidmat nasihat telah disampaikan kepada waris beliau berkenaan bantuan kebajikan yang boleh diberikan.