Lawatan siasatan dan kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri, ke atas veteran 814442 LK1 Encik Amran b. Jabar 52 tahun (Navy). Veteran masih sihat dan mampu bekerja dan mempunyai tanggungan seorang anak perempuan sulung yang oku, seorang anak perempuan 22 tahun yang menuntut di UTEM dan seorang anak lelaki berusia 16 tahun yang masih bersekolah.
Seorang anak perempuan 25 tahun telah berkahwin dan sedang melanjutkan pelajaran di UTHM. Kisah bermula apabila isterinya yang menghidap kanser telah meninggal 3 tahun yang lalu. Disitulah bermulanya beliau perlu membahagi masa untuk mencari rezeki dan menjaga anaknya yang oku. Beliau akan mencari rezeki mengumpul barang-barang lama selepas anak lelakinya balik dari sekolah dan mengambil alih menjaga kakaknya yang oku.
Dari keluhanya, beliau sangat berterima kasih atas bantuan dari JHEV yang sentiasa mengambil berat selama ini dan dia tidak mempersoalkan tentang jhev. Apa yg dikesalkan adalah sikap JKM yang berdolak dalik dalam soal pemberian setatus oku kepadanya kerana hingga kini tidak seorang pun pegawai dari JKM datang melawat dan mengambil gambar anaknya yang oku walaupun telah lebih daripada 7 kali permohonan telah dimajukan. Begitu juga pihak Baitulmal yang mengambil sikap sambil lewa.
Setakat ini wakil dari Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor telah datang dan menguruskan bantuan yang boleh diberi.