Pahang, 23 Jan 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM terhadap Veteran ATM, Encik Che Fauzi bin Mahmood yang kini berada di HTAA akibat prostat dan masalah saraf kaki. Beliau telah diberikan khidmat nasihat berhubung bantuan kebajikan yang boleh di mohon melalui JHEV ATM bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang turut melakukan tinjauan dan perbincangan mengenai projek bina rumah Veteran ATM bersama-sama Pegawai Staf 4 bgd dan OC 11 RAJD bersama Veteran ATM, Encik Azhar bin Abdullah Sani di Felda Melati, Jengka 11. Veteran telah memohon bantuan membina rumah kepada 4 bgd dengan menggunakan kewangan sendiri berikutan rumah kediaman beliau telah terlibat dalam kebakaran pada Nov 2017.

LampiranSaiz
1.jpg69.57 KB
2.jpg146.64 KB
3.jpg105.71 KB
4.jpg125.77 KB
6.jpg107.6 KB