Logo JHEV

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahkan Kad Veteran Tentera dan menyampaikan sumbangan kepada balu mendiang Kpl Yap Teck Long, Puan Lim Lee Moi di kediaman beliau di Taman Muhibbah, Gemencheh, Negeri Sembilan pada hari 7 Ogos 2017.
Sumbangan kewangan dan barang keperluan dapur turut diterima daripada Jabatan Arah Kor Armor Diraja yang disampaikan oleh Datin Zaruna binti Abdul Rahman, Pengerusi BAKAT Kor Armor Diraja. Turut hadir dalam rombongan Pegawai dan anggota 11 Rej Kor Armor Diraja serta ahli BAKAT Kor Armor Diraja.