Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Pahang, Lot Kol Kamruzaman bin Mat Sham melakukan lawatan kebajikan terhadap Veteran ATM yang lumpuh, (10247) Encik Romli bin Yunus di Kampung Benum, Guling Tajau, Kuala Krau, Temerloh, Pahang pada 30 Mac 2017. Semoga veteran sabar menghadapi dugaan dan pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada beliau.