Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melawat Veteran ATM, encik Amir bin Julaihi di IJN Kota Samarahan pada 20 Julai 2017 . Beliau telah di masukan ke IJN sejak Feb 2017 dan masih menunggu giliran untuk dibedah. Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak telah berbincang dengan pihak Hospital supaya veteran dapat dibedah seberapa segera .
Pihak Hospital telah bersetuju untuk pesakit di hantar ke IJN Kuala Lumpur dalam masa terdekat dengan semua kos penghantaran dan bedah ditanggung oleh pihak IJN sepenuhnya.