Lawatan kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Mohammad Rodzi bin Dandan ke atas Veteran ATM 1045094 Encik Zainuddin bin Seman di alamat Lot 1035/1, Batu 17 1/2, Lorong Penghulu, Hulu Kelang, 54200 Ampang, Selangor pada 24 April 2017.

Rumah kediaman veteran (bahagian tengah) telah dihempap pokok tumbang semasa kejadian hujan lebat dan angin kencang pukul 11.30 pagi pada 18 April 2017.

Sumbangan wang pendahuluan Bantuan Bencana Alam sebanyak RM500.00 telah diberikan kepada beliau bagi meringankan beban kerosakan yang yang dialami.