Lawatan dan penyerahan bantuan kerusi roda daripada Mej Muhd Aman Shah bin Alias yang mewakili JHEV ATM Negeri Cawangan Kelantan&Terengganu kepada veteran PW2 Razab bin Hamat di Kampung Jalor, Pasir Putih, kelantan pada 231500 H Mei 17. Veteran mengalami strok dan memerlukan bantuan. Khidmat nasihat serta penerangan mengenai bantuan JHEV telah diberikan kepada beliau.
Anak veteran juga merupakan pesara tentera yang baru menamatkan perkhidmatan. Beliau memerlukan bantuan kaki palsu untuk bergerak kerana telah terlibat dalam kemalangan semasa dalam perkhidmatan. Turut hadir Ketua Cawangan PVATM Pasir Putih serta ahli.

#kementerianpertahanan
#mindef
#jhevatm
#demiperwiraku
#nadinegaraku