Batu Pahat, 24 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri menziarah keluarga Allahyarham Mohd Jamalias bin Kaliwon di Kampung Parit Bugis, Senggarang.

 Arwah telah meninggal dunia pada 21 April 2018 (Sabtu) disebabkan oleh kanser tulang. Balu beliau telah diberikan penerangan berkaitan skim-skim bantuan kebajikan daripada JHEV ATM dan pihak JHEV ATM Cawangan Negeri akan menguruskan bantuan kebajikan seperti Bantuan Mengurus Jenazah dan Bantuan sara hidup memandangkan balu (Rohaya bt Talib) tidak bekerja dan mengidap kanser tairot serta 2 daripada 3 orang  anak beliau masih bersekolah.

LampiranSaiz
1.jpg126.86 KB
3.jpg65.25 KB