Selangor, 23 April 2018 - Lawatan kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri  Selangor & K.l, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid ke atas veteran ATM, T713238 Mej (B) Md Zulkifli bin Ibrahim di Hospital Kajang, Tingkat 1 Wad  3 Katil 23.

Veteran tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di katil akibat masalah bengkak hati dan paru-paru berair namun keadaan semasa beliau adalah stabil.

Penerangan berkaitan bantuan-bantuan yang boleh diuruskan oleh JHEV ATM telah diberikan kepada waris (anak) bagi meringankan beban yang ditanggung beliau sekeluarga. Semoga veteran sekeluarga tabah menghadapi ujian hidup.

LampiranSaiz
1.jpg64.27 KB