Logo JHEV

Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Terengganu dan Kelantan, Kapt Mohd Faizal bin Jamil mengadakan lawatan kebajikan dan penyerahan bantuan kerusi roda serta walking frame kepada veteran Encik Musa bin Ismail di Taman Dato Adnan, Kemaman pada 130900H Jul 2017. Turut serta ahli Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Terengganu (PVTTB). Veteran telah dipotong kaki akibat kencing manis dan veteran turut memohon bantuan berupa kaki palsu. Penerangan mengenai skim bantuan lain turut diberikan kepada veteran tersebut bagi memastikan beliau menerima bantuan yang sepatutnya. Penyampaian gantian buku rekod perkhidmatan Encik Muhammad bin Abd Rahman yang rosak akibat banjir serta penyerahan Kad Veteran kepada Encik Abdullah bin Yusuf turut dilaksanakan dalam lawatan tersebut.