Pada 12 Oktober 2017 yang lepas, Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah bersama dengan wakil PVATM Cawangan Labuan telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, En Mohammed Saad bin Soyot. Veteran tersebut telah menghidap penyakit yang mengakibatkan mata beliau menjadi buta. Veteran tersebut hanya mampu terlantar di atas katil dan tidak mampu untuk bergerak. Pada masa yang sama, isteri beliau juga menghidap penyakit darah tinggi dan mengakibatkan beliau terlantar di atas katil. 

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk membuat lawatan siasatan Skim Bantuan Sara Hidup veteran dan memastikan veteran tersebut mendapatkan bantuan yang sewajarnya.