Negeri Sembilan, 10 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim membuat lawatan ke rumah balu veteran ATM yang ditmpa kebakaran iaitu Puan Rafeah bt Mohamed sharif di Felda Bukit Rokan Utara.

Rumah beliau musnah sepenuhnya dan tiada barangan yang dapat diselamatkan. Turut hadir melawat adalah AJK PVATM cawangan berhampiran.

Pihak JHEV ATM telah memberikan penerangan mengenai bantuan yang boleh dimohon oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.