Bukit Mertajam, 05 Mei 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM melakukan lawatan ke rumah veteran ATM, 302396 Encik Abdul Kader bin Rejab di alamat No 140 Jalan Perwira, Taman Perwira, Permatang Tinggi yang mengalami kebakaran. Beliau tinggal Bersama isteri beserta 2 orang anak, seorang menantu dan 2 cucu.

Kejadian kebakaran berlaku pada 21 April 2018 pada jam 10.45 pagi akibat lintas pintas di dalam siling rumah. Kebakaran yang berlaku telah memusnahkan keseluruhan bahagian bumbung rumah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Beliau kini sedang menumpang sementara di rumah jiran di dalam Kawasan taman yang sama dan sedang berusaha untuk membaiki kerosakan ynag berlaku.

Pihak JHEV ATM akan menyalurkan bantuan yang selayaknya diperoleh oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

#kebajikan

#perkasaperwira