Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Mohd Nursalam bin Abidin TLDM telah melakukan beberapa lawatan terhadap beberapa Veteran ATM seperti berikut pada 23 Jan 2018;

  1. Lawatan kebajikan kepada Encik Mohd Sani bin Haji Odin yang tinggal di kampung tanjung gelugor, Bota Kanan, Perak. Veteran kini  menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, mata kabur dan kaki kanan beliau juga telah dipotong . Veteran kini bergantung hidup pada sumbangan seorang anak beliau yang tidak menentu jumlah pemberiannya dan beliau memohon utk mendapatkan bantuan sara hidup.
  1. Lawatan kebajikan terhadap Encik Aisa bin Mat Taib di Ayer Tawar Perak. Veteran menghidap strok dan kini bergerak dengan bantuan tongkat sepenuhnya. Veteran kini menyara seorang isteri dan anak yang kini melanjutkan pelajaran di Politeknik Seberang Perai dengan bantuan Pencen elat sebanyak RM 500. Veteran kini memohon untuk mendapatkan bantuan sara hidup.
  1. Lawatan Kebajikan turut dilakukan terhadap empat (4)  orang Veteran ATM yang kini mendapatkan rawatan di 96 HAT Lumut. Semua veteran dalam keadaan baik dengan penjagaan rapi oleh staf perubatan yang bertugas.

 

 

 

 

LampiranSaiz
1.jpg104.72 KB
2.jpg70.82 KB
3.jpg82.17 KB
4.jpg69.28 KB
6.jpg84.7 KB
7.jpg79.05 KB