Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid melakukan lawatan kebajikan ke atas Veteteran ATM, Encik Mohamad Azmi bin Hj. Rasali di Wad ICU tingkat 5C Katil No 8 Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 041630H Nov 2017.

Beliau telah selesai menjalani pembedahan tulang tengkuk C4 & C5 akibat kemalangan yang dialami pada 16 oktober 17 yang lalu. Keadaan semasa veteran adalah stabil dan berada dalam keadaan sedar.

LampiranSaiz
1.jpg69.19 KB