YBhgDato' Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) telah melakukan Lawatan Kerja ke Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Pertahanan di Tingkat 20, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2015.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, TPj. (PA) Hj Selamat b. Hj Dahlan, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan JPAM, Kol (PA) Ghazali bin Abd Rahman serta para pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam.

Taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM berkisar kepada peranan Jabatan dan aktiviti-aktiviti utama dalam memberikan perkhidmatan bagi kesejahteraan dan kecemerlangan warga Veteran ATM agar terus menjadi pemangkin modal insan Negara.