SERDANG, 24 Nov - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud telah berkunjung ke Pameran MAHA 2014 disamping melawat gerai-gerai usahawan Veteran ATM yang telah disediakan melalui Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi JHEV ATM.

Turut mengiringi ialah Mej Harrison Harun TUDM dan Mej Zuhri Hj Man TUDM dari Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi JHEV ATM.

Pada MAHA 2014 ini, sebanyak 10 unit lot booth ditawarkan secara percuma kepada usahawan Veteran ATM yang menyertainya bagi tempoh 10 hari penganjurannya.

MAHA atau Malaysia Agricultured, Horticulture & Agrotourism bermula dari 20 – 30 November 2014 di MAEPS Serdang, Selangor Darul Ehsan dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani bertujuan untuk para usahawan mempromosi dan memasarkan produk masing-masing.