Angkasapuri, 25 Jan 19 – Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad dan pegawai telah melakukan lawatan ke Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM). Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama yang baik antara pihak RTM dengan JHEV ATM. Kedatangan Ketua Pengarah JHEV ATM telah disambut oleh Encik Lokman Muda selaku Timbalan Pengarah Seksyen Saluran TV dan pegawai. Pihak JHEV ATM telah dibawa melawat Pusat Operasi RTM bagi melihat dengan lebih dekat bagaimana RTM beroperasi.

LampiranSaiz
img_8594.jpg8.09 MB
img_8666.jpg7.15 MB