Pengarah JHEV ATM Bahagian Kerjaya Dan Sosioekonomi, Encik Mohd Najib bin Dawod melakukan lawatan tinjauan terhadap rumah NBOS Bina Baru ke atas veteran, Encik Azman bin Nordin di No 83, Jalan Datuk Syed Ahmad, Alor Merah, Alor Setar, Kedah pada 13 Dis 2017.

Rumah telah pun siap pada 20 Nov 2017 dan dijangka veteran akan mula mendiami rumah pada hujung Disember ini. Veteran merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak OKU. Sepanjang lawatan dilakukan, veteran begitu gembira dan memanjangkan penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya JHEV yang begitu prihatin dengan kesulitan hidup veteran.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Timbalan Menteri kerana sentiasa menunjukkan keprihatinan yang berterusan kepada kesejahteraan veteran khususnya yang berada di negeri Kedah.

Seterusnya lawatan dan tinjauan ke atas rumah NBOS Bina Baru di Kubang Pasu.

Nama arwah : Ramli bin Ismail

Nama Balu : Faridah binti Bakar

Kampung Kepala Bukit, Mukim Padang Perahu,Kubang Pasu, Kedah.

Allahyarham baru saja meninggal pada 24 Okt 2017 selepas pulang daripada mengerjakan haji dan dimaklumkan bahawa Allahyarham menunaikan haji melalui kuota veteran serta rumah Allahyarham siap pada 20 Okt 2017. Balu memaklumkan bahawa arwah begitu teruja apabila terpilih sebagai penerima rumah BB pada tahun ini. Balu juga merasa terharu terhadap keprihatinan pihak kerajaan dalam menghargai jasa veteran dan memberi pembelaan kepada keluarga veteran walaupun setelah kematian suami beliau.