Kedah, 28 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM telah melakukan lawatan kebajikan terhadap beberapa orang veteran ATM seperti berikut;

1. Encik Hashim bin Hussain dan Balu kepada Allahyarham veteran ATM Encik Hashim bin Bakar yang telah ditimpa musibah rumah terbakar di Kampung Paya, Butterworth, Pulau Pinang pada 260345H Ogos 18 akibat daripada litar pintas.

2. Encik Abd Hamid bin Baharom telah dipotong kaki akibat kanser pada 17 Ogos 2018 di Perumahan KEDA, Jeniang.

3. Menziarahi Encik Mansor bin Awang (28039) yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 0225 pagi 28 Ogos 2018 di Hospital Sultan Bahiyah, Alor Setar. Jenazah telah dikebumikan di Sungai Lalang, Sungai Petani dengan bantuan daripada penduduk dan kariah kampung.

Kesemua veteran dan balu veteran telah diberi penerangan dan penjelasan berkenaan bantuan-bantuan yang boleh dimohon bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.