Kota Bharu, 13 Jun 2018 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias terhadap terhadap beberapa orang veteran ATM dan anak kepada veteran ATM di sekitar Kelantan yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti berikut;
 

1. 1044687 Encik Merel bin Harun di Kampung Jalan PCB, Kedai Buloh, Kota Bharu. Beliau mengidap penyakit buah pingang yang kronik dan stroke.

2. 500445 Encik Ariffin bin Saad di Kampung Jalan Kubur, Wakaf Bharu, Kota Bharu. Veteran terlantar akibat penyakit stroke yang dihadapi.

 

3. Encik Rahmad bin Mohd Yusop di Taman KADA , Kok Lanas, Ketereh. Veteran mengidap penyakit stroke.
 

4. 11300 Encik Wan Mustafa bin Wan Idris di Wad Cempaka, Katil no. 15. Beliau mengidap kencing manis yang kronik.
 

5. Adik Muhammad Amir Mustakim, anak kepada veteran ATM 1100488 Encik Mohd Adnan bin Abd Ghani di Kampung Jalan Belakang Masjid Dewan Beta, Kota Bharu. Anak beliau mengidap kanser tulang dan Kedua-dua kaki serta sebelah tangan kanan telah dipotong.

 

Pihak JHEV ATM akan menyalurkan bantuan yang selayaknya diperoleh oleh veteran bagi meringankan beban yang ditanggung.
 

#kebajikan

#kesejahteraanveteranATMKeutamaankami