Lawatan Kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM dan Penolong Pengarah, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pada 15 Jan 18.

1. Veteran ATM, Encik Rashid bin Ismail telah mengidap penyakit kencing manis dan telah dipotong kaki kirinya. Veteran kini dalam keadaan stabil dan pihak JHEV ATM telah memberi khidmat nasihat berhubung bantuan kebajikan dan akan menguruskan Bantuan Sara Hidup kepada veteran memandangkan taraf hidup veteran yang agak kurang berkemampuan.

2. Veteran ATM, Encik Abd Rashid bin Yusoff mengidap jangkitan kuman pada kaki akibat air banjir. Kaki veteran telah dibedah dan dalam perhatian pegawai perubatan. Pihak JHEV ATM akan membantu bagi menguruskan keperluan yang boleh dipohon oleh beliau.

3. Veteran ATM, Encik Rosli bin Saidon telah terbakar di bahagian badan dan muka semasa bergotong-royong di tempat kerja. Keadaan veteran stabil dan dalam perhatian pegawai perubatan.