Johor, 27 Dec 17 - Lawatan Kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Kapt Muhammad Fazdli bin Jafri, terhadap Veteran ATM, Encik Manga bin Elias di Pusat Dialisis Darul Syifa Bukit Gambir Tangkak.

Pihak JHEV ATM Johor dengan bantuan PVATM Cawangan Muar akan membantu veteran dalam urusan mendapatkan bantuan sara hidup bagi meringankan beban beliau.

Pihak JHEV ATM juga telah berbincang dengan Pengurusan Pusat Dialisis yang merupakan panel JHEV ATM untuk membantu dan menyelesaikan urusan rawatan dialisis Veteran ATM

 

LampiranSaiz
1.jpg103.54 KB