KLUANG, 22 Jun 2014 - Menteri Pertahanan Malaysia, Y.B. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah merasmikan Majlis “1Veteran 1Malaysia : Jasamu Sentiasa Dikenang dan Dihargai” di Dewan Prime City Hotel, Kluang, Johor pada 22 Jun 2014 (Ahad), jam 12.00 tengahari.

Turut hadir bersama Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud dan Presiden PBTM, Laksamana Tan Sri Dato' Setia Mohd Anwar Hj. Mohd Nor (Bersara).

Pada majlis ini diadakan penyampaian 'one-off' kepada Veteran OKU dan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) selain beramah mesra dengan Veteran ATM disekitar negeri Johor.